Tuesday, November 25, 2008

Undi SMS tentukan hukum Allah

Pihak NGO bukan Islam ini tidak boleh melihat terbitnya fatwa ini sebagai satu usaha untuk mengIslamisasi negara. Fatwa ini khusus terpakai untuk orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak perlu bimbang kerana undang-undang Islam tidak akan dikenakan kepada mereka. Mereka juga harus sedar bahawa undang-undang Islam sepenuhnya tidak juga dikenakan ke atas orang Islam sendiri. Mengapa perlu mereka mencampuri urusan agama Islam dan dengan itu mendedahkan negara kepada keadaan tidak tenteram? Namun, pencerobohan dilakukan oleh mereka yang tidak faham atau jahil itu tidaklah seburuk yang penulis perhatikan dilakukan oleh orang Islam sendiri di dalam mempertikaikan hukum dan syariat Islam. Ketika isu Yoga mula dibangkitkan oleh Zakaria Stapa bahawa ia boleh memesongkan akidah, dan sementara menunggu fatwa dikeluarkan, sebuah stesen TV tempatan mengambil kesempatan ‘membuat duit’ melalui satu survey yang melibatkan undian SMS. Paling mengejutkan penulis ialah tajuk survey berkenaan, iaitu ‘Yoga pesongkan akidah. A. Bersetuju dan B. Tidak bersetuju’. Mereka yang mengambil bahagian diminta memilih A atau B sebagai jawapan yang sesuai dan hantarkan jawapan itu melalui SMS kepada stesen berkenaan. Pada akhir rancangan, keputusan undian disiarkan. Sekian peratus bersetuju bahawa Yoga memesongkan akidah dan sekian peratus pula yang tidak beranggapan Yoga boleh memesongkan akidah. Masya Allah, bagaimana boleh sesuatu hukum atau fatwa ditentukan oleh undian ramai? Para penonton televisyen stesen itu, baik Islam mahupun bukan Islam, baik kanak-kanak baligh atau bukan baligh, dewasa, orang tua nyanyuk dan waras diminta terlibat membuat fatwa? Apakah cara ini sesuai untuk mendapatkan sedikit pendapatan tambahan untuk stesen TV? Apakah kedudukan syariat Islam ketika itu? Dipermainkan? Nampaknya, akhir-akhir ini, kemurnian agama Islam bukan lagi dijaga rapi. Tiada bantahan dibuat ke atas stesen itu kerana menyentuh kesucian agama Islam. Ia dibiarkan seolah-olah perbuatan seperti ini dibenarkan oleh Islam dan seolah-olah salah satu cara syariat Islam ditentukan ialah melalui undian ramai di mana majoriti menentukan hukum. Persoalan lain yang timbul ialah apakah di Malaysia ini, undang-undang Allah boleh dibantah melalui demonstrasi apalagi demonstrasi itu dilakukan oleh satu pihak yang tidak ada kena mengena dengan fatwa itu, atau syariat itu atau ditentukan oleh undian SMS atau melalui bisikan hati? Kalau ada pembaca yang ingin bertanya, apakah keputusan dicapai oleh undian SMS oleh stesen itu pada malam tersebut, penulis ingin tegaskan penulis segera menukar ke stesen lain sebaik sahaja mendapat kepastian bahawa undian SMS benar-benar dijalankan. Penulis tidak tahu keputusannya dan tidak ingin ambil tahu kerana keputusannya dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa yang muktamad. Keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa yang mengharamkan Yoga jika ia diamalkan melalui cara sistematik itu adalah yang muktamad. Ia dibuat oleh badan yang berwibawa dan bukannya oleh undian orang ramai. Fatwa itu tidak mengharamkan Yoga ‘in total’. Ia masih boleh diamalkan jika ia tidak melibatkan mantra dan seumpamanya. Baca fatwa itu dengan teliti dan amalkan apa yang dibenarkan jika kita masih tetap ingin bersenam cara Yoga. Tidak perlu heboh-heboh dan tidak perlu ada survey SMS.
DIPETIK daripada SINAR HARIAN ONLINE RABU 26-11-2008


KESIMPULAN
Jelas dah HUKUM ALLAH dipermainkan senang2. Ini mungkin adalah bala drpd ALLAH S.W.T kepada HAMBANYA yg tdk melaksanakan hukumNYA. " YA ALLAH TABAHKANLAH HATIKU INI UNTUK MENYEBARKAN AGAMAMU DAN AMPUNKANLAH SEGALA DOSAKU. AKU BERJANJI YA ALLAH AKANKU BERJIHAD DIJALANMU DENGAN KEKUATAN YANG KU ADA WALAUPUN DENGAN DARAH SEKALIPUN, AKU SANGGUP."

KEPADA NGO BUKAN ISLAM:
JGN campuri urusan AGAMA ISLAM, NANTI padah yang diterima. Kami orang ISLAM x kacau agamu korang. Jgn kerana mulut badan BINASA. Jgn bagi SEJARAH LAMPAU BERULANG LAGI.

3 comments:

Mohammad Roslan said...

Salam,
Atikal yang baik..teruskan perjuangan!.Wassalam.

Ali Abdullah said...

Salam lukman,

Memang kita tidak seharusnya membiarkan manusia menentukan hukum islam berdasarkan tuntutan hawa nafsu semata-mata. Kita harus tentang dan halang perkara seperti ini walau dengan apa cara sekalipun daripada menularnya perbuatan-perbuatan oleh pengaruh orang kafir.

LEKIR said...

Assalamualaikum Lukman,

Kalau Lukman perhatikan banyak NGO yang menghina Islam adalah penyokong Pkr dan Anwar

Itu salah satu sebab Lekir menentang Pkr dan Anwar